December 24, 2015

terjebak-pelik?

assalammualaikum! hai guys~

ha apa khabar orang kampungg? sudah lama tak berjumpa.. eh eh lagu orang kampung pulak..
okay. aku masih dekat langkawi. hajat nak ketemu kawan kawan tu belum kesampaian. *hikhokhikhok ish bunyi apa la hang buat tu? dah dah takyah merapu lagi. ha sebenarnya aku ni dah byk terjebak wei.

apa yang aku terjebak? nak tau? ha kena sabar sikit hek?

okay la memandangkan time cuti ni asyik makan-tidoq-main phone-repeat. aku pun makin membesar. okay kasi kecik sikit perkataan tu, sensitive. aku ni makin banyak terjebak dari my one & only kakak (iman).

1- lagu k-pop
2-gedik gedik
3- makan banyak gila (macam tak makan lama.ya you know what i mean kan? makan 3 senduk sekali hadap. pastu tambah lagi)
4- sebut perkataan "peh"
contoh; pegh sedap gila marshmallow ni.
contoh; pegh ayat hang ni pedas mcm sambal belacan

ha tu ja yg aku igt lagi. nanti kalau au igt banyak lagi aku type eh.

p.s- no. 2 tu tipu ja ;P




bye!

December 21, 2015

2015.

assalammualaikum, hello. can you hear me? i was wondering if after all this years you'd like to meet..
to go over everything..

eh eh eh ada suara mcm Adele tak? ada? seriously? oh thank you! thank you! thank you! (clap clap)

haaa.. mesti semua pelik pehal pulak lah "minah comel" ni nak cakap 2015 ni kan? eh biar ah ni bog aku kan? ha betul lah tu :P

takdelah. aku saja nak cakap pasal apa yg aku lalui dan rasa & ingat pasal 2015 ni. takkan takleh kot? eh melebih pulak. okay okay. so far 2015 ni banyak jugak experience & experiment baru yang memang bbooommmm!! sampai otak aku pun nak pecah pikir tau! tapi aku tak menyesal lah. cuma pasal results pt3 tu.. ada lah sedikit kiciwa kan. hm tahun ni aku banyak join activity sukan & music kat sekolah..

jap jap nak list kan kat bawah eh..

-pertandingan nasyid (walaupun tak menang. tapi hampir juara tau!)
-kelab gamelan
-netball team (walaupun main berterabur)
-bicara berirama (nak tarik diri. tapi cikgu marah sobs :'(..)

eh macam macam lagi lah! lupa habis.. nanti kalau aku dah ingat, aku type lagi eh eh eh? sayang uoalls. shake shake shake uoalls, shake shake shake uoalls~~ ugh -..-





bye!


December 19, 2015

perasaan yang paling perasan (part 2)

assalammualaikum. hi sistur brothur!


ha sambungan dari episode lepas. (eleh baru berapa jam je update. ni nak up lagi?)

okay.


situasi; lalu laluan stall makan. nak naik kereta

- time ni lepas balik dari uptown kemboja area de baron. ala dekat pekan rabu tu. takkan tak tiau kot?

me: ish kita nak pi makan lagi ka? dah kenyang ni

mommy: wei tolong lah.. org nak pi kereta lah! ni jalan short-cut ja. takdak nya nak bagi hang makan banyak banyak eih

me: uish *toleh kiri toleh kanan. tengok bawah. jalan terus

mommy: tolong la jangan perasan sgt

iman, aisy: *gelak

me: malu wei* jalan terus. muka marah, tapi cool!




hurm bosan weh
harini dok dekat bilik ja ): ni kalau mommy baca apa yg aku up harini.. sah sah aku kena tidoq luaq malam ni. yelah. sbb mommy dah ajak pi mandi ayiaq terjun. tapi aku yg malas nak keluaq bilik. ugh.

PEMBERITAHUAN
cerita ini ada penokoktambahan sedikit. utk nak jadikan jalan cerita lebih menarik.





hello - adele
aku suka version metal ni. mcm awesome je tau! 
p.s- tukar speed.speed up to 1.25 lagi best tau! wink wink


bye!

perasaan yang perasan?

Assalammualaikum.hi!

apa khabar kakak kakak abang abang adik adik dan pembaca setia blog saya? eh perasaan apakah ini? haih susah org yg suka sgt perasaan begini. MENGAPA? KENAPA? BAGAIMANA? APA? 

aduhmak ai! peningnya!

Ololololololo~~ OK STOP! peppp prepppp *bunyi wisel



okay okay cool d0wn! aku skrg ni sebenarnya ada dekat langkawi tau! uhhh syiok nya (: walaupun asyik pi mandi ayiaq terjun & pantai ja. aku enjoy lah life aku sepanjang cuti ni!


nak jumpa kawan kawan lama. tapi semua menyepi. sobs sobsz ):
ibu bapa, saudara, & keluarga banyak memberi sokongan. eh? ni pehal ni? (aku terdengar ayat ni dekat banana squad time aku tgh type ni. so aku pun type lah sekali :P)

okay sambung berceghita. stop merepek makan kerepek. eih! ok. kalini betul betul nak insaf nak se-top. aku kat langkawi sampai 28 dec ke 2 jan pun aku tak sure. mommy ajak balik rumah, aku ikut jelah. kan?  nak tau dak aku dok  sini buat apa? takmau tak sudah. tapi aku nak habaq jugak! aku makan banyak gila marshmallow. BOOM! sedap kan? haaaa punya la lama aku dah tak makan marshmallow tau! kesian gila~~

2 hari lepas aku pi uptown dekat area kuah. nak shopping la katanya. tapi kedekut tahap nala nak keluar duit tu! hah kedekut~ ada la certain part & scene yang amat melucukan. kasi bold sikit! jarang nak jumpa aku berbahasa baku ni tau! 


------PART 1------

situasi; dekat satu booth baju baju i love langkawi.

mommy: ha pilih la baju apa nak.. color apa.. (padahal mommy cakap dekat aisy)

me: *pilih baju

mommy: ha aisy ni baju ni cantik tapi tak muat lah. (oh ya aisy ni adik lelaki aku)

me: nak baju ni lah *terus pi bagi dekat aunty yg jual tu

mommy: ha.. haa.. *bagi baju yg dah pilih utk aisy & khayr

me: okay *buat muka puas hati

---------


situasi: selepas beli baju. naik kereta. dalam kereta.

mommy: pasaipa tadi tak bayaq sendiri baju tu? duit sendiri ada byk tak mau guna..

me: bukan mommy yg suruh pilih ka tadi? *buat muka pelik + kesian

mommy: laaaaaaaa! awat lah hang perasan sgt nadira? org tanya kat aisy suruh dia pilih bukannya kata kat hang tadi..

me: oh ya ka? tak pa lah terima kasih. *muka malu tapi bersyukur


p.s- jangan pelik kalau aku suka buat perasaan mcm ni. terima kasih atas kerjasama dan sokongan padu. eh eh? ...


part 2 loading...



bye!


December 15, 2015

barang antik (part 1)

assalammualaikum. hi!

selamat kembali ke zaman kegemilangan.  zaman kecomelan. zaman keceriaan. zaman ketiada-masalahan. banyak pulak "zaman" dia kan? 

ha mesti tertanya tanya kenapa aku ti ba tiba datang dan tiba ti ba nak throwback sini sana dan sinun kan? alah. sebab aku rindulah! aku time kecik kecik dulu comel tau. tapi.. ada satu je masalah dia. nak tau apa masalah dia? satgi hampa akan tau juak. stay tune k! (buat macam hg femes sgt pula :P)


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
mesti hampa tertanya tanya apakah motif aku buat ni..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
.
.
.
..
.
.
stay tune! 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.dah tak larat?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.scroll bawah lagi la dey -..-
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
sabar! sikit lagi je 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
nak sampai dah! 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
yay! dah sampai
.
.
.
.
.
.
.
.
.eh! kenapa titik ni takmau berenti?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..................



comel kan?




yalah habibi. come on my baby! (lupa lyrics ah)
asal muka ketat tu? 



si kiri: eh aku takmau hug lah! tepi *mulut bukak sikit je
si kanan: hey let's say cheese. aku tak kesah nak hug ke tak. aku nak hug jugak!



.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
HA NI LAGI SATU LEGENDA


TADDAAAAAA!!!

aku pernah ada dua dua purse ni. 
tapi malangnya dah hilang :( 
aku pernah nangis tau masa benda ni hilang
dah la ada byk gakla duit dlm tu. 




BERAKHIR SUDAH BARANG ANTIK EPISODE 1.. 
Nantikan episode seterusnya. stay tune! 



bye!

December 14, 2015

taktau nak letak tajuk apa

assalammualaikum. hi awak semua!

apa khabar? alhamdulillah aku sihat ja. hampa belum tidoq? kenapa tak tidoq lagi? hah? sebab nak usha blog aku?

stalker sgt hampa ni kan. (eh eh perasan pulak dia ni malam malam camni tau!)

ha aku pun taktau nak type apa sebenarnya. okay tiktoktiktoktiktok~~

kringgggggg kringggg beep beep beep~~ 


alahai. notification masuk banyak pulak. bergetaq getaq perut aku (phone letak atas perut. loqlaq)




okay la okay. aku nak type pasal apa ni? takda idea. fiuuu fiuuu bunyi angin sepoi sepoi bahasa katanya. malam yg tak berapa nak malam sgt dah ni, aku nak mintak maaf lah kot kot ada buat salah ka apa kan. (Apakah? sejak bila insaf ni?) yelah. aku nak mintak maaf pun salah ka? satgi tak mintak maaf kata aku ni tak ber-peri-kemanusia-an pulak kan? (nak eja pun terhangguk-hangguk. tu pun mimpi BM dapat A+ konon.. pigi dah)


ha. nak mintak maaf jugak lah dekat mommy sebab result amat tidak memberangsangkan.. harap mommy dapat terima lah. yelah. last year iman dapat 8A. yasssss! aku sgt bangga dgn kakak aku walaupun dia selalu gaduh tarik rambut dgn aku.


yelah. "AIR DICINCANG TIDAK AKAN PUTUS" kan? betul tak? aku pun dah tak igt pepatah melayu tu.. hahaha. nama ja melayu tapi tak igt pepatah sendiri wei! 


haaaa. jgn nak melalut panjang panjang sampai tengah lautan hindi pastu terjun terjunam ke dasar paling dalam pulak eh? TAK KELAKAU.  





Saya minta maaf, 
bye!

December 13, 2015

INILAH HARINYA.

assalammualaikum semua! hi girls.. (eh eh takkan semua girls ja kot?) hi boys!

harini sekarang ni dah amik result. lega rasa hati. sumpah semalam aku takleh tido kot. gundah gulana hati ku ini hew hew (gedik sangat ni dah kenapa?) OKAY. Alhamdulillah jugak, everything went so smooth.. sorry la kalau english aku broken sangat eh. results overall malu nak bagitau sbb ada yg amat mengecewakan walaupun aku tak expect apa apa pun. apa? nak tau jugak result aku? okay la aku bagitau hampa ja. tapi jgn bagitau org lain tau. kalau hampa tipu, kalau hampa pi bagitau org lain .. aaaa nanti aku takmau kawan! (depa ramai lagi kawan lah! hang igt depa kwn dgn hang ja ka?) JAP WEH! aku rasa mood bahasa aku dah switch to bahasa utagha pulak sejak kebelakangan yang tak berapa nak belakang sgt ni. HAHA. 


okay okay. seterek to the point la na. aku bersyukur dgn apa yg Allah dah bagi dekat aku. Aku hanya dapat 4A. yang belakang belakang tu aku takmau bagitau lah sbb malu ah.. okay aku ulang suara. AKU BERSYUKUR. 

okay kasi bold sikit. kasi besau sikit eh. 

yap! aku admit, yang aku ni memang tak pandai sgt. tapi seperti yang aku katakan tadi aku bersyukur atas kurniaan-Nya. (berapa kali nak bagitau wei?) "Allah gives what you deserve" aku suka ayat ni. walaowei i loikee!  lagipun buat apa nak frust menonggeng kalau kita dah usaha atas diri kita sendiri kan? betul tak? BETUL LAH TU. aku dah cakap semalam. aku takda feeling happy ka sedih ka frust ka nak nangis ka nak terkencing ka semua takda. so aku rasa mcm biasa. it's  okay kalau kita dapat sikit asalkan kita dah usaha sendiri dan tak meniru kan? 


Kan tadi aku cakap kita kena bersyukur kan? selain bersyukur kita kena buat apa? apa? taktau? haih takkan taktiau kot? kita kena redha lah. tapi "REDHA" yg aku maksudkan ni adalah kita kena terima seadaanya apa yg Allah dah bagi.. dengan syarat, kita kena berusaha bersungguh-sungguh dahulu.. lepastu baru boleh redha. that means, jgn la pulak nanti bila tahun depan hampa nak periksa tu.. hampa tak study pun.. last last bila masuk dewan exam hampa takleh jawab pastu tinggal byk soalan.. pastu bila dah takleh jawab hampa tinggal banyak soalan.. bila org tanya nanti result kalau dapat teruk nak buat mcm mana? hampa yg selow ni pun jawab la "AKU REDHA".. haaa tu dah salah konsep dah tu. (mood ustazah sikit ptg ni)  ha faham tak apa yg ustazah ajar ni anak-anak? BAGUS~~ (eh aku suka pulak simbol yg macam wavy wavy ni hik)


nah aku belanja satu gambiaqqq

time ni lepas balik makan.
tu yg muka happy semacam tu.



okay lah,
bye!

result huh?

assalammualaikum, hi guys!

harini nak cakap pasal amik results pt3 besok. EH JAP! kita type lah bukan cakap -,-
okay kembali kepada topic utama pagi pagi buta ni. pasal amik result japgi. weh! skrg dah pukul 12:02a.m kot! pasaipa tak tido lagi ni nadira kerepot oi. (aku muda lagi kot wei!) ish ish ish dah stop merapu la adik manis! sambung sambung!!

mula paragraph baru eh? besok amik result. (berapa kali nak ulang ni wei?) ala ni blog aku, suka hati aku lah nak ulang 10000 kali pun kan? hehe.

okay ni last. besok amik result dan aku pun tak tau nak rasa teruja ka rasa sedih ka gementar ka nervous ka nak terkentut ka apa aku pun tak tau lah! aku pelik gak la kan. orang lain semua rasa takut la nervous la sampai makan pun tak lalu. (cei tak lalu konon! tadi aku nampak hampa tibai 4 pinggan nasi tu apa?)

eh taklah aku tipu ja. yelah. aku pelik lah orang lain semua sibuk sibuk pasal besok. aku ni tak ready tak prepare apa apa lagipun utk besok. mcm nothing happen faham tak situasi aku? ha dahla tak prepare baju apa nak pakai besok (pakai baju sekolah ja kan? buat teruk sgt ni-,-) pastu boleh pulak rilex rilex login blogger pastu tulis entry baru. ha mcm skrg ni lah.


BERAPA KALI NAK BAGITAU NI BUKAN TULIS ATAU CAKAP.. NI TYPE LAH jah! 




aku login facebook, twitter, ig semua .. scroll scroll tl.. yap! mcm hari hari biasa. hari normal yg aku buat setiap hari. tak ada perbezaan sikit pun yg aku rasakan (ceh ayat ala ala BM dapat A+ ja) entah la. aku tak dapat feel nak nangis ka apa pun weh. rasa mcm tak dak rasa. faham dak ayat aku? tak faham pun baca sampai faham gak! LOL -.- 




doakan yg terbaik utk aku, 
bye!

December 12, 2015

pagi yang penuh dengan zomba

Assalammualaikum, hi!
selamat pagi.
selamat sejahtera.
selamat bercuti.
selamat malam.
selamat berlayar ke alam mimpi. (mimpi tu mainan tidur. mainan syaiton weh! astaughfirlahalazim!) 
salam 1 malaysia.
salam perpaduan.
salam demokrasi.
salam sejahtera (cop! berapa kali nak "SEJAHTERA" ni?) 
salam keinsafan.
salam terhibur.
salam ahad.
salam kemaafan. 



XOXO,
bye! 

budak hijau

assalammualaikum kawan kawan. hiiiiiiii!!!

eh eh eh eh! aku tahu korang rindu budak yg comel ni kan? ehek? (jgn perasan sangat wei!)
OKOK. aku stop k. actually entry kalini takde kena mengana samada hidup atau mati dgn tajuk kat atas tu wei. (HAHA) aku ketandusan idea woi!

so, apa topik yang patut di bincangkan harini? semalam pasal reput reput semua. harini? nak pasal apa? apa? nak suruh aku berenti type? sbb blog aku ni bosan? Kuajiaaqqqq ni (sabar nadira, sabiaq!)
astaughfirlahalazim! mengucap wei mengucap.. Allahua'bar! fuang~ nyah kau dari sini syaitan!


 FULL STOP.

amende yg full stop sangat tu tanggechi?
okay. kalini betul betul punya tau. topik harini pasal social media aku. amacam? okay tak? okay atau tak okay. mesti cakap okay jugak tau! nak fb? twitter? soundcloud? ig? ask.fm? snapchat? apa lagi?




Facebook                      󾬘
Twitter                          󾬐
Soundcloud                   
Instagram                      
Ask.fm                          
Snapchat                       nady.candy
Smule                           󾠀


just click dekat emojis tu. boom! awak dah sampai dekat destinasi cinta yg awak nak. except 4 snapchat tau, kena search sendiri :P



bye! 

December 11, 2015

cuti cuti mereput wei

Assalammualaikum adik adik akak akak abang abang makcik makcik pakcik pakcik nenek nenek tokwan tokwan moyang moyang semua!!!! hello!

harini, malam ni, waktu ni, saat ni.. saya nak cerita sikit pasal cuti.
OK.
dah nama pun cuti kan? cuti lah. tu pun susah nak tangkap ka? ey cepuk kang baru tau. jk
sebenarnya nak cerita pasal cuti sekolah ku yg asyik mereput kat rumah ek. okay... ahah! kepada makcik makcik pakcik pakcik nenek nenek tokwan tokwan yg tak tahu maksud mereput... mai sini nak translate nak habaq mai nah.. okay mereput ni sejenis benda yg telah dimakan oleh anai anai or apa apa shj k. clear setakat tu? okay sambung eh.


contohnya mcm;

"gobok itu telah mereput akibat dimakan anai-anai" 

"gigi mek hadid telah reput kerana dia makan banyak ceklat"





sekian terima kasih,

bye!

December 10, 2015

about me, myself & i

Nickname                              NADIRA


Eye Color                              dark brown



Hair Color                              black



Height                                    162 cm



Favorite Color                        pastel colors, black, white & matte



Your Car                                toyota unser (my parent's car)



Your Hometown                    Seberang Jaya, Pulau Pinang



Your Present Town                Penang



Your Crush's First Name        Justin



Your Grade                            grade apa seh? grade pt3 tengah tunggu ni -,-



Your Styles                            Harry Styles! jkjk





------Favorites------





Band                                      1D, BMTH, MAROON 5.



Movie                                    Sci-fi, Action, Horror, Romance, Animation..



TV                                         nak channel tv ka apa? ka show?



Song                                      Malay, English, Pinoy & Arab..



Color                                    kata tua ada penyakit alzheimer satgi marah. baca atas balik!



Pastime                                 nak yg mana? childhood?masa aku dlm perut mak aku?





------Have You Ever------





Sat On Your Rooftop           uish mestilah pernah. (dalam mimpi.. siap guling lagi tau)



Kissed Someone                   haram sisturrrr.. HARAMMM!!! (marabukka)



Danced in public place         nope.



Smiled for no reason            eh cam tahu tahu je kan?



Laughed so hard you cried   pernah.. sampai tersembur-sembur pun pernah tau haaa



Peed your pants                    um noooooooppppeeeee



Written a song                      lagu bila aku bosan..



Sang to someone for no        yassss

reason


Performed on stage              banyak jugak la kali kali kali tu sampai tak terkali dah!



Talked to strangers              bila mood friendly tu turn on okay la. kalau tak jgn harap



Made out in theater              ha pernah! masa dekat ssemj dulu sobs :((



Been in love                         noyes [no + yes]



A near death experience      entah. tak kot



Sang infront of a large         banyak kali dah. so no worries

audience




------Can You------





Write with both hand          boleh. tapi disaster lah kalau tulis sebelah kiri



Whistle                                boleh. tapi nanti ayaq liuq tersemboq mcm pasemboq la



Blow a bubble                     eleh bubble je pun. small matter ah



Roll your tongue                 nak roll mcm mana? london choco roll? cinnamon roll?



Cross your eyes                   boleh jugak. tapi buruk plus kalau cross tepi takleh



Touch your nose with          hang gila ka apa? lidah aku bukan panjang mcm biawak tu

your tongue


Dance                                  uish of course lah.. tapi buruk naw lah



Speak different language    nak apa? indon? pinoy? english? tamil? apa lagi???



Impersonate someone         kadang kadang lah





------Are You------





Fighter                                mai la try cari gaduh dulu..



Smoker                               it's a big NO! tukang sedut asap rokok org yg bodo je



Drinker                               yes. i drink juice XD



Stalker                                haah.  tengok perempuan yg cantik kat ig. [insecure weh!]



Man eater                           masya'Allah.. setakat ni alhamdullillah makan nasi je



Man Hater                          mana boleh.. aku sayang adik aku kot!



Lover                                  ikut mood



War Freak                           perang dengan adik adik kat umah boleh la



Heartbreaker                       tuuuutttttt talian terputus.. teettt tettttt



In love                                yasssss



Bossy                                  Absolutely no. tapi bila tau kakak aku ada bf.. yes!



Friendly                              boleh tahan lah..





------More------





What is your current         nak tidoq!!!

mood


Does your crush like         idek :(

you back


What makes you happy     food for sure



Elaborate your default       huh ??

photo


Name one thing you do     Eat

a lot


Name someone with         so far, so good.. tak jumpa lagi...

same b-day as you


Are you comfortable         tak. sbb tak sampai tinggi yg diimpikan lagi :((

with your height




------Finish The Line------





If i were a ...                     baby. i will vomit on your face & your chanel handbag



I wish ...                            i can be justin bieber's girlfriend, harry style's wife..



So many people don't       how lazy i am to clean up my room.. lolz!

know ...


I am ...                              a human. a princess!



My heart is ...                  made of GOLD


October 02, 2015

PT3 countdown

Assalamualaikum, hiiiii!!!!








it's friday guys!! tapi kita kena duk rumah baca buku la hehe. OK. berapa hari lagi before PT3? uh huh? 9 hari tau bukan 90 hari lagi tau tau tau tau uish. masih tiada kesedaran diri untuk focus (pehal?)  ni saja nak meng-h-update entry baru uhuk uhuk (pehal gedik?) perasan tak ni pecah record tau, this is the first time i updated new entry twice in a month *wink wink* EH EXCITED PULAK DIA? okay jaga diri awak semua.
















bye!








October 01, 2015

PT3?

Assalamualaikum, hi!!!!!!!!!


ok. seperti kebiasaannya acah sikit ada stalkers dekat sini hehe... how's your school? dah sekolah balik lepas 1 minggu cuti but still ada sekolah yang tak bukak sebab jerebu :( best ke cuti? tinggal 10 hari sebelum PT3!!!!! YA ALLAH!!! MASHALLAH!!! nak kena review/refresh/restore/throwback & etc utk topics form 1- form 3 :( kekuatan apakah yang aku perlukan ni haih.


okay mula paragraph baru ehek. mood nak membaca tu memang takda but still i need to read & memorize all the topics plus formula adui mak :( kalo la ada sd card utk masuk kat kepala otak ni kan bagus. dapat 16 gb pun jadi la (seriously put?) okay STOP! besok confirm kena study non-stop no matter what happen. nak kena serious dan focus gila punya focus sampai pengsan! math tu memang kena hadap sampai faham sampai ingat formula sampai muntah k. science pulak nak kena memorize everything 'til u can't breathe.... english nak kena practice the correct grammar, novel, ayat-ayat bunga sikit utk essay. kemahiran hidup pulak nak hafal cara-cara masak kuih tempatan la fungsi alatan la and lots more to go!!!!! *sigh*  n then after all dah penat pening kepala otak memorize everything, pergi tido.. when you wake up the next day you'll forgot all of it and you'll just keep memorizing it but can't memorize it at all and repeat the same same steps. but still takleh ingat sampai ke sudah.(wts?)  bila sampai hari exam bukak paper takleh ingat, tetibe amnesia pulak kan adui gawat ni.. pastu berselawat la punya selawat punya baca ayat-ayat al-Quran.... tetibe je you dapat recall balik semua yg you punya bersusah payah memorize tapi tak masuk tu datang menyerbu ruangan kosong yang blur & blank tu dgn formula tu. wow it's magical! so conclusion dia, start study awal walaupun tak berapa nak awal dah sbb tinggal seminggu je lagi.

dikesempatan ini juga, saya/aku/i/me nak mintak maaf dekat semua orang yg dikenali ataupun tak, kalau ada salah terkasar bahasa ke(well it's me) tertolak ke tersiku ke termarah tertengking or whatsoever... harap di maafkan la. kalini betul betul gila punya ikhlas tulus mulus dari hati murni jiwa raga ni tau. Goodluck to all PT3'15 candidates! pass the exam with flying colours kata omputih. Semoga Puteri Iman Nadira dipermudahkan utk menghafal & menjawab PT3 nanti. okay bye, chillaxx!!

August 10, 2015

trial dah dekat weh!!!!!!!

Assalammualaikum, hi!




dah habis beraya sakan? aaaaa bagus aaaaa :)


ujian lisan bm (bertutur) dah tapaw. aku dapat marks cukup-cukup bungkus je bak kais pagi makan pagi, kais petang makan petang..... (time test bertutur haritu taknak pulak ber-peribahasa camni kan?) besok still ujian lisan bm but ini untuk mendengar pulak. so malam ni kena korek telinga lah kan kah kah kah kah teruk sangat level pekak aku ni.. :} lusa pulak listening test bi. uish uish uish lepastu minggu depan dah start trial kan. memang suka sangat :(((( buku pun belum sentuh utk revision. (well kita budak "PANDAI" sangat kan)


macam mana taknya, asal bukak buku je mesti ngantuk even ko baru bukak buku dengan bangganya dengan semangat nak study yang membara-bara kan tak sampai 2 minit pulak kan.... eh banyak nya "kan kan kan" aku HAHAHA. pernah tak rasa camtu? aip jangan tipu sangat korang tak penah terjadi dalam life korang. aaaaaahhhhh boleh pening muntah hijau.. ko disuruh menghadap & buat latih tubi selama 3jam straight! tapi itu untuk #futurelyfe la kan huhu... so lepas tertido tu, ko pun kenalah marah sebab tido je memanjang kan... haaaaa time tu padan muka ko... nak sangat tido kan? HAMBIK. dah la nak pegi makan tomyum k.



bye!

July 30, 2015

Trial pt3 ke?

Salam, hiiiiiiiiiii wahai papparazi!! 



apa khabar semua? seperti kebiasaan, aku acah sikit ada followers dekat blogger ni haaaaa. pt3 dah berapa hari je lagi tinggal. trial? memang takyah tanya lah lagi berapa hari je dah august n then trial :( dahlah aku tak start study lagi pun. (well mood raya still turn on lagi katanya) haih susah kalo malas macam aku ni kan. nanti bila 1 hari b4 trial baru ah teketar aku baca buku study gegila, mengamuk sebab asal study je tak masuk. pastu masuk dewan exam takleh jawab sebab study 1 hari b4 exam pulak kan... em memang win aaaaaa k. anyway i got my spect on. k sumpah buruk muka aku kalo pakai spec ni tau sedih ko.



kalo ada yang tengah study tu, teruskan lah usaha mu! aceceh, boek je aku bagi semangat kat orang kan. diri sendiri tak nak pulak kasi semangat/motivation kaw kaw punya isy siku kang! dah ah nak makan, lapar! (makan je keje ko kan?) eh eh study tak nak, makan je nak kan HAHAHAHAHA
dah lah nak pegi makan, kali ni betul-betui cek dah lapiaq!!


bye!

June 07, 2015

school breaks?

Salam, hiiiiiiiiiii wahai papparazi!! *perasan je ada orang nak stalk blog ko*


dah cuti dekat seminggu, minggu depan habis la cuti sekolah ni T.T ugh malas nak sekolah mengadap meja, kerusi, homework yang cikgu akan bagi bergunung, exam papers! anddddddddd perhimpunan rasmi!!!!! masyaAllah liat betul nak pegi sekolah. ya Tuhan kuatkanlah iman ku ini kuang kuang.....

selalunya waktu macam ni aku tengah ada kat atas bukit cameron highland makan steamboat dah ni tak pun tengah menikmati durian ke high-tea ke apa. Tapi harini tak! cuti kali ni aku melawat toilet, katil, kitchen & ruang tamu je haaaa tu jelah kot rasanya. tapi banyak la jugak tempat yang aku tak pernah teroka dalam rumah aku ni, aku dah teroka habis ceruk rumah aku ni memandangkan aku takde banyak aktiviti nak buat :')

sumpah aku agak stress sbb dah banyak kali planning nak short-vacation tapi hampeh tak jadi huhu.... aunty aku dah sampai ke legoland dah nak balik sini dah pun.... aku masih tecengang kat dalam rumah ni haih susah ni. tapi nasib baik jugak ada wifi... kalo tak.... rasanya aku dah sasau agaknyer kui kui :P mana tak nya? asyik terperap dalam bilik pastu ngadap phone manjang. aku malas nak turun ruang tamu time time cuti ni sebab apa? sebab nanti mak aku panggil tolong mengemas rumah itu ini. aku dahla malas bab bab nak kemas kemas rumah ke apa ni. (i know it sounds pemalas, but ok wtv idek)  so, aku rela terperap dalam bilik.... turun ruang tamu pun time semua orang dah masuk bilik masing masing... time tu barulah tercanggok-canggok aku cari makanan ha lapar.