August 23, 2017

jangan dengar

"ala setakat benda bodoh macam ni aku pun boleh buat"
"kau takde bakat pun sebenarnya"
"tak perlu berlagak professional sangatlah"
"bakat takdelah hebat mana sangat pun"
"setakat nak menyanyi, menari, melukis, berlakon tu petik jari je"
"ni minat muzik/seni je... mesti takde masa depan cerah"
"pakai tudung labuh=baik, tidak berhijab=jahat"
"kau tengok anak mak jemah tu, pakai baju mcm sarong nangka/tak pakai baju aje"
"ish bersolek tebal-tebal tetap tak laku jugak"
"ha tu dia speaking tu ingat habis bagus ah"
"eh kita tak boleh buat ini, itu, ha ini tak boleh, itu pun tak boleh jugak. semua tak boleh!"
"eeeee gemuk pun nak pakai baju mcm tu"

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
kadangkala kau tak perlu bertanya KENAPA. sebaliknya, kau harus menyoal, SAMPAI BILA.
mereka bicara seperti mereka tahu segalanya.
mereka fikir mereka saja yang selalu benar.
mereka tak perlukan pandangan orang lain, tetapi orang lain perlu mendengar pendapat mereka.
jika kita tak dengar kritikan dia, kita semua munafik.
membuat spekulasi terburu-buru tanpa unsur periksa.
menabur fitnah tanpa mengetahui kebenarannya.
fikir mereka saja yang berkuasa dan berjaya.

mereka punya satu matlamat sahaja. MENJATUHKAN KAU.

kau siapa?

senang-senang saja menabur kata.

makhluk yang bernama MANUSIA.
bukan manusia biasa.
tetapi.
mereka inilah golongan yang suka menghuru-harakan hidup kau.
mereka inilah golongan yang suka menunding jari pada kesalahan kau.
mereka inilah golongan yang tak pernah nampak kebaikan kau.
.
.
kadangkala aku fikir, kau. aku. kita semua. tak perlu ambil tahu pun apa yang bakal mereka katakan.
bagi aku, benda ni semua hanya membuang masa. kerana, kau tahu mereka tidak mengerti, takkan pernah mengerti, dan tak mahu mengerti.
mereka hanya mahu mendengar apa yang berada di minda mereka shj.
percuma saja kau berbuih mulut terangkan kepada mereka siapa diri kau,apa, atau kenapa kau lakukan sesuatu perkara itu sedangkan mereka takkan pernah menerima penjelasan kau.
buang masa bertekak dengan manusia semacam ini.
aku rasa, cukuplah sekadar kau dan orang yang percayakan kau sahaja yg tahu apa sebenarnya yang berlaku.
kerana individu seperti yg ku katakan sebentar tadi, mereka ini tak akan pernah berjauhan dengan spekulasi bodoh mereka itu.

di permulaan entri harini, aku ada selitkan beberapa baris ayat yang memang boleh menanahkan telinga aku. eeeee geram pulak aku baca semula apa yang aku taip dipermulaan entri tadi.

kenapa perlu sibuk-sibuk nak kritik cara kehidupan/ pilihan seseorang individu tu?
biarlah kami bahagia dengan pilihan kami.
sekurang-kurangnya kami tahu apa yang kami mahukan dalam hidup kami.
tidak seperti kau yang kehausan gosip murahan dan tak ada pendirian hidup.

pakailah sebagai mana pun, asalkan tak mengganggu kocet kau.
biarlah nak berbahasa apa pun, asalkan dia mencuba memperbaiki kelemahan sendiri.
biarlah nak bersolek tebal sampai dah tak nampak rupa manusia pun, asalkan punya keselesaan dan keyakinan diri.
biarlah jadi pengiat seni ke apa, asalkan tahu hala tuju dalam kehidupan.
lakukanlah apa sahaja, yang penting tak mengganggu kau, tak menyusahkan kau.
lantaklah nak gemuk ke kurus ke tiang ke tong drum ke, asalkan takda pulak nak sibuk hal orang.

tak boleh ke kau tinggalkan kami seorang diri dengan pilihan kami?
kenapa asyik nak menyibuk aje kerja kau? takde life ke?
kesian aku tengok kau yang asyik mengemis perhatian ni.


percayalah, kita tak perlu hiraukan walau sedikit pun kata-kata kejian yang mereka lemparkan. kerana kita harus sentiasa gagah bangkit dan hadap semuanya. alah, percayalah, kalau kita tak ambil tahu pasal apa yg bakal mereka katakan, perjalanan hidup kita ini takkan terjejas pun. kerana aku pasti mereka tentu berhenti bila sudah keletihan.


akhir sekali, walau apapun melanda diri kau, jangan dengar!



love,
Iman Nadira.