October 14, 2016

tak sedar dalam terjaga

Assalamualaikum, hi peeps! 



how are you doing? it's been awhile tak tulis blog :( 
.
I've been so busy these few weeks
.
#ItsFinalExamWeek 




katanya?? HAHAHAHAHAHA
exam kalini dapatku rasakan kehangatan dan bahang exam paper tu. susah!!!!!sumpah tak tipu weh. aku tercungap-cungap nak pitam tak cukup oxygen bila bukak exam paper.. *gush* nah sampai sebijik penumpuk kat muka aku! masa depan aku untuk final exam ni macam gelap gempita je.. 

takut. sedih. sakit perut. 

memang baca buku & buat revision, tapi.... 
begitu banyak arus melintang yang datang lalu membadai segala konsentrasi aku nak revision. 
bukak buku. duduk bersila atas tilam yang empuk. letak bantal atas peha, lapik buku. pergh syiok gila bantal ni letak atas peha. rasa nak tertidur pulak! godaan dia kuat betul. "bergetar cheek bone" aku. haaaaa, apa lagi? 1,2,3 tidur! 

tapi. sebelum tidur aku dah berazam nak bangun pukul 5 pagi pada keesokan harinya *walaupun besok dah exam* 
jadi kesudahannya, aku pun berjaya jugak bangun pukul 5 pagi. 


yaaaaaaaaaaaayyyyyyyyyy!!!!!! 


eh jap jap, jangan ingat cerita aku dah habis kat sini. baca lagi. 

aku pun start la baca n study the whole chapter! whole textbook ok! 
jadi kau tahu-tahu sendiri lah betapa tunggang tebaliknya aku baca kelam kabut nak rush. sebab kejap lagi dah nak mandi pulak. nak bersiap pulak. ha dah mau dekat setengah jam rasanya aku mandi & bersiap.. lepastu nak pergi sekolah pulak. nak hadap exam paper dah. ugh, letihnya! bosannya! 
ok sambung balik cerita tadi. 

seterusnya kau tahu apa yang jadi? aku tak sempat baca semua chapter weh! dah tak sempat baca semua chapter, apa yang aku baca tu boleh pulak dia main scan je. macam Touch 'n Go dah woi :(( memang sesia baca. tapi. tapi. tapi. tapi. tapi kan.. nasib baik jugaklah apa yang aku baca tu kan, keluar dlm paper.

 Alhamdulillah, Tuhan bagi aku ingat jugak sikit-sikit apa yang aku dah sumbat dalam otak aku pada pagi tu. tu maknanya Tuhan dah kasi reminder jangan buat kerja last minute lagi lepasni. phewwwwwwww lega! tapi tak lega sangatlah. pasal paper english pulak. waduh waduh. halamak indo pulak. tapi memang betullah aku frust sikit paper english. tak sempat buat essay dengan penuh kasih sayang & jayanya. sebab apa nak tahu tak? ha sebab aku punya syiok melayan section a tu. exam start pukul 9.15 & habis pukul 11. tapi aku pukul 10.30 masih terhegeh-hegeh melayan section a lagi weh. patutnya section a tu paling lama pun 40 minit je. tapi tak. aku pi melantak dekat situ berjam-jam. suka sangat layan section a. pastu pukul 10.40 baru tergedik-gedik macam cacing kepanasan nak buat essay section b. 350 words ok. tapi dalam masa 20 minit nak buat essay sepanjang 350 perkataan tu. gila? kome pikior? sempat ke? mungkin korang yang tulis laju tu akan siap on time. tapi bukan mudah bagi aku. apa kau pikir aku ni laju macam lipan? hahahahaha
sebenarnya boleh je laju. banyak betul idea nak tulis. tapi once dah tulis, tengah tulis & susun ayat.. idea tu semua lenyap dalam sekelip mata. boom! lesap. jadi aku pun cuba mencari inspirasi utk nak tulis ayat & jalan cerita utk essay tu. tapi... malangnya..         jeng jeng jeng jeng... 




bersambung.....


eh tak tak,. memain jelah! akhirnya .. masa pun dah tamat. tapi sisa-sisa waktu yang masih ada aku gunakan dengan sebaiknya dengan menghabiskan ayat terakhir aku. lalu, ku serahkan kertas jawapan ku dengan hati yang sedang berteriak & luka. Ya Allah, sedihnya cerita aku. 


jadi begitulah cerita aku.


ha dah lah tak study awal awal., ni sekarang ni godaan shaytan yang melampau tahap nala terapung atas udara atas langit atas awan pulak! apa nak jadilah ni hah. ish ish ish kesian betul. godaan apa yang setan buat dekat aku? macam macam godaan weh. mulanya, seminggu sebelum exam, aku asyik melekat je dengan phone. macam ada gam dekat jari ni. kalau nak tau, dia punya ketagih nak melekat dengan phone tu macam drug addicts weh. serious, tak tipu tau! pastu, rasa gila nak makan maggi la samyang la keropok la.. senang cerita, nak makan semua benda yang halal tapi unhealthy. ha kena ada "halal"? sebabnya, japgi kau cakap aku ni nak makan benda yang pelik-pelik pulak ha naiyaaaaaaaaa. ha ok, takda apa. dia punya buat aku craving nak makan maggie tu memang power! dan akhirnya aku kalah dengan godaan & bisikan setan. lepastu suka sangat minum air yg ada gas. pergh nikmat minum air gas ni memang best. tapi effect dia tu, hmm.. pastu paling peliknya, asyik mengantuk awal. pukul 9, 10 lebih dah rasa mengantuk gila. sebelum ni bukan main lagi terbeliak beliak segar-bugar je biji mata aku ni walaupun dah pukul 12 lebih nak dekat pukul 1 macamtu.. semua benda yang aku nyatakan dekat atas ni semua hanya terjadi pada minggu-minggu sebelum dan minggu exam sahaja. minggu exam je. once again, MINGGU EXAM SAHAJA!!!! haih ni nak naik angin ni. kena panggil abang bomba ni, dah terbakar nak meletup dah ni! it's oklah kalau rasa teringin nak makan maggie tu. boleh diterimalah sebab sekali sekala je. tapi ni dah nak masuk berkala-kala dah sejak sejak minggu exam ni. haih gewrawm. ok aku tau geram, tapi takyah gedik sangat ok. geram sebab sebelum ni takda pulak dia nak buat perangai nak tidur awal lah, nak melekat dengan phone 24/7 lah, nak minum air gas sampai berbaldi-baldi lah, & paling geram, nak makan maggi. padahal sebelum sampai minggu exam takda pulak dia nak rasa gedik teringin nak makan maggi lah itu ini. serious serik. Nah! ambik hang karangan berjela-jela.





Dengan itu, saya akhiri entry kalini dengan ucapan terima kasih kerana sudi meluangkan masa anda membaca segala rintihan saya walaupun rintihan ni semua memang patut pun berlaku, padah! Doakan kejayaan & kecemerlangan Puteri Iman Nadira dalam peperiksaan akhir tahunnya. InshaAllah, ameen.







salam kasih sayang,
nadira.

No comments:

Post a Comment