August 23, 2017

jangan dengar

"ala setakat benda bodoh macam ni aku pun boleh buat"
"kau takde bakat pun sebenarnya"
"tak perlu berlagak professional sangatlah"
"bakat takdelah hebat mana sangat pun"
"setakat nak menyanyi, menari, melukis, berlakon tu petik jari je"
"ni minat muzik/seni je... mesti takde masa depan cerah"
"pakai tudung labuh=baik, tidak berhijab=jahat"
"kau tengok anak mak jemah tu, pakai baju mcm sarong nangka/tak pakai baju aje"
"ish bersolek tebal-tebal tetap tak laku jugak"
"ha tu dia speaking tu ingat habis bagus ah"
"eh kita tak boleh buat ini, itu, ha ini tak boleh, itu pun tak boleh jugak. semua tak boleh!"
"eeeee gemuk pun nak pakai baju mcm tu"

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
kadangkala kau tak perlu bertanya KENAPA. sebaliknya, kau harus menyoal, SAMPAI BILA.
mereka bicara seperti mereka tahu segalanya.
mereka fikir mereka saja yang selalu benar.
mereka tak perlukan pandangan orang lain, tetapi orang lain perlu mendengar pendapat mereka.
jika kita tak dengar kritikan dia, kita semua munafik.
membuat spekulasi terburu-buru tanpa unsur periksa.
menabur fitnah tanpa mengetahui kebenarannya.
fikir mereka saja yang berkuasa dan berjaya.

mereka punya satu matlamat sahaja. MENJATUHKAN KAU.

kau siapa?

senang-senang saja menabur kata.

makhluk yang bernama MANUSIA.
bukan manusia biasa.
tetapi.
mereka inilah golongan yang suka menghuru-harakan hidup kau.
mereka inilah golongan yang suka menunding jari pada kesalahan kau.
mereka inilah golongan yang tak pernah nampak kebaikan kau.
.
.
kadangkala aku fikir, kau. aku. kita semua. tak perlu ambil tahu pun apa yang bakal mereka katakan.
bagi aku, benda ni semua hanya membuang masa. kerana, kau tahu mereka tidak mengerti, takkan pernah mengerti, dan tak mahu mengerti.
mereka hanya mahu mendengar apa yang berada di minda mereka shj.
percuma saja kau berbuih mulut terangkan kepada mereka siapa diri kau,apa, atau kenapa kau lakukan sesuatu perkara itu sedangkan mereka takkan pernah menerima penjelasan kau.
buang masa bertekak dengan manusia semacam ini.
aku rasa, cukuplah sekadar kau dan orang yang percayakan kau sahaja yg tahu apa sebenarnya yang berlaku.
kerana individu seperti yg ku katakan sebentar tadi, mereka ini tak akan pernah berjauhan dengan spekulasi bodoh mereka itu.

di permulaan entri harini, aku ada selitkan beberapa baris ayat yang memang boleh menanahkan telinga aku. eeeee geram pulak aku baca semula apa yang aku taip dipermulaan entri tadi.

kenapa perlu sibuk-sibuk nak kritik cara kehidupan/ pilihan seseorang individu tu?
biarlah kami bahagia dengan pilihan kami.
sekurang-kurangnya kami tahu apa yang kami mahukan dalam hidup kami.
tidak seperti kau yang kehausan gosip murahan dan tak ada pendirian hidup.

pakailah sebagai mana pun, asalkan tak mengganggu kocet kau.
biarlah nak berbahasa apa pun, asalkan dia mencuba memperbaiki kelemahan sendiri.
biarlah nak bersolek tebal sampai dah tak nampak rupa manusia pun, asalkan punya keselesaan dan keyakinan diri.
biarlah jadi pengiat seni ke apa, asalkan tahu hala tuju dalam kehidupan.
lakukanlah apa sahaja, yang penting tak mengganggu kau, tak menyusahkan kau.
lantaklah nak gemuk ke kurus ke tiang ke tong drum ke, asalkan takda pulak nak sibuk hal orang.

tak boleh ke kau tinggalkan kami seorang diri dengan pilihan kami?
kenapa asyik nak menyibuk aje kerja kau? takde life ke?
kesian aku tengok kau yang asyik mengemis perhatian ni.


percayalah, kita tak perlu hiraukan walau sedikit pun kata-kata kejian yang mereka lemparkan. kerana kita harus sentiasa gagah bangkit dan hadap semuanya. alah, percayalah, kalau kita tak ambil tahu pasal apa yg bakal mereka katakan, perjalanan hidup kita ini takkan terjejas pun. kerana aku pasti mereka tentu berhenti bila sudah keletihan.


akhir sekali, walau apapun melanda diri kau, jangan dengar!



love,
Iman Nadira.

November 03, 2016

best friends?

assalammualaikum, hey little ho!


best friends?
mesti hampa pernah dan ada best friend kan? aku pun ada jugak. sejak lahir lagi dah ada best friend ok. nak tau tak siapa best friend aku? ok lani nak tau ka tak mau ka, aku aku masih akan terus menaip :p

ok. aku ada dua orang best friend yg sangat setia. ok? sorang ni dia sentiasa ada untuk aku masa aku sedih, frust, marah, gembira & so on. adakalanya dia takda dengan aku. tapi takpa, aku bersyukur Allah masih pinjamkan dia untuk aku sampai sekarang ni even though dia ni takda lah baik mana sangat pun. nak tau nama dia tak? ha ok duduk sana diam-diam jangan terhegeh-hegeh sangat :p

Puteri Iman Tsara, "Iman" for short. dialah yang sentiasa berkepit dengan aku sejak aku lahir. ye lah, dia lahir lagi awal dari aku. alah setahun je. hahahahahahaha ok staph there. aku paling sayanglah dekat Iman ni. tapi tak pernah nak tunjuk sangat sebab nanti tak macho pulak hiks. ok dah jangan nak melebih-lebih pulak kat sini ha. Iman ni, dia bukan jenis yang girlish sangat samalah jugak macam aku. tapi se-jantan-jantan kitorang pun, masa kecik masih main barbie doll. Iman ni jenis kuat menyentap kot rasanya. eh tak, dia ni cengeng. senang sangat nak menangis masa kecik-kecik dulu. kalau dibandingkan aku dengan dia, aku rasa aku lebih lasak & ganas. dia pulak lebih kepada girlish sikit masa kecik. tapi sekarang, jgn berani datang kacau ok. ganas nak mati! hahahahahahaha *sorry*
aku pulak? aku memang dah boyish sejak azali lagi. sampai sekarang pun masih melekat kejantanan tu. cuma dah makin lemah lembut je sekarang ni haha


Sharifah Farzana, "Farzana" for short. Farzana ni pulak muda setahun dari aku. masa kecik-kecik dulu selalu main sama-sama pergi mana pun boleh dikatakan sama-sama jugak hehe. sampai sekarang masih bertahan hubungan "sisterhood" kitorang. but, too bad sekarang dah jarang jumpa coz she lives in Doha. selalunya kitorang akan jumpa bila Farzana balik malaysia. rasa awkward jugaklah sebab jarang jumpa kan? nak sembang pasal apa pun tak tau kadang-kadang hahaha tapi once dah buka cerita yang memang menarik minat masing-masing.. siaplah tadah telinga masing-masing sibuk potpetpoetpet sampai kadang-kadang tak mau balik rumah hahaha


me & Iman



me & Iman hanging out together



i said "no! don't hug me"



celebrating our birthday together, why not?



partner in crime? hahahahaha



this picture of two of us was taken in 2012



me & farzana! ♥♥♥♥



three of us. me, Iman, & Farzana :))



my squad, je t'aime! ♥
oh ya, and this picture was taken in 2012 too!



p.s- banyak sebenarnya gambar yang lain, tapi dah malas nak cari. so ya, there you go!





lots of love, 
Iman Nadira.

October 23, 2016

100 questions about me!

Assalammualaikum, hey guys!

So, today i got 100 questions here with me.. let's get started!


1. Real name: Puteri Iman Nadira Tajul Anuar

2. Best friends (girls): AO7

3. Best friends (boys): Syahir, Remy, Hazim, Hakim. & OF COURSE THE AO7!

4. Fav color: Black, matte, & pastel colors

5. Birthday date: October 24, 2000

6. Game that u like: i love thrilling & extreme sports

7. Samsung or iPhone: none of it

8. Someone you trust: nobody

9. Something you love: musics

10. Something you hate: plastic friends, memorizing, blood, birthday surprise

11. Girlfriend: I would prefer to date myself

12. Study or sleep: i would definitely go to sleep or eat cuz who else so rajin to study!

13. Fav movies: The Hunger Games, Divergent Series, The Maze Runner, TFIOS, AADC

14. Ever been hurt: most of the time

15. How do you feel this year?: feeling better & sometimes, worse.

16. Best moment in life: Syukur I'm still alive. God gave me so many chances.

17. Sad memories: Life is way too short for sad memories.

18. Someone you love: myself. maybe?

19. Someone you miss: .

20. Someone you hate: no, no hate just love.

21. Relationship status: not available

22. Girl or Boy: idk its not about the gender.

23. Game or book: depends on my mood

24. Fav book: idek, Sci-Fi, romance or books about teenagers' life

25. Fav food: Extra Spicy Nasi Goreng Kampung and pizza!

26. Fav drink: barbican, apple juice, soy bean, milk

27. Fav place to hangout: beaches, extreme theme park

28. 1 fact about you: i love people telling me the truth, even though its gonna hurt me so bad

29. Do you love your last ex: none

30. Do you miss your last ex: none

31. First ex: none

32. Last ex: eh tak faham ke orang cakap takde? adomak

33. First love: -
34. Age: 61. lol!

35. School: Ssemj

36. Class: ala buat apa nak tau? bukannya awak boleh datang jenguk kita pun

37. Pizza or McD:  both. um, pizza!

38. Pepsi or cola: pepsi

39. Last crush: m-a-a

40. Cat or Rabbit: cats

41. Truly best friend?: my own self

42: What people call you?: Nadira, Iman, Puteri, Put

43. Mathematics or science: Accounting

44. Fav number: 7

45. Fav emoji:

46. Height: 5'3"

47. Did you love your family: idk

48. Note for haters: thanks for being there for me. oh, and thanks for the advice!

49. Phone number: 999

50. Hobby: singing, blogging, lip-sync

51. Ambitions: nak jadi orang yang berguna, inshaAllah.

52. Crush: m-a-a

53. Last inbox: -

54. Last call: my momma  & khayr

55. Last kiss: mashaallah, sister! haram! haram!

56. Last hug: tak tahulah. setiap hari peluk mak tok

57. Last cry: -

58. Last text: celcom, lol!

59. Beloved ex: mashaallah! tak reti bahasa ke apa hish

60. Sweet memories: takde takde

61. Eat or drink: drink

62. First girl best friend: my sistur, Iman

63. Last person you inbox: POWERFUFF GIRLS (gossip mate)

64. Last person you call: my momma

65. Last person you kiss: -

66. Last person you hug: granny

67. Last person make you cry: myself

68. Last person make you smile & laugh: once again, myself

69. Fav cartoons: dibo the gift dragon, chuggington, totally spies, spongebobs, fairly odd parents, banana in pyjamas, adventure time, family guy, looney tunes, the amazing world of gumball, chalk zone, powerpuff girls, chowder, regular show, phineas & ferb, jimmy neutron, hey arnold!, barney & friends and etc..

70. Fav color: how many times do i have to answer this question? scroll atas balik, jangan malas!

71. Do you trust your god: OF COURSE!

72. Battery percentage: 100 over 100

73. Do you like someone: kinda

74. Last song you listened to: three empty word by Shawn Mendes, all we know by The Chainsmokers

75. T-shirt or dress: t-shirt

76. Futsal or badminton: badminton for sure

77. Friends or family: me, myself & I

78. Paris or New york: mecca, cliche banget ni anak!

79. Fav person: myself

80. Hair color: darkest brown

81. In love with: m-a-a

82. Have you ever hurt someone?: yes :(

83. The last food you eat: laksa :p

84. Heaven or hell: heaven, inshaallah, ameen.

85. Facebook name: Puteri Iman Nadira

86. Haters or likers: both. sebab "likers" pemberi semangat, "haters" pulak pembakar semangat :)

87. High heels or street shoes: sandal

88. What place you wanna go: neverland

89. Have you ever kiss someone: yea

90. Lips or nail polish: nail polish

91. Did you trust your family and best-friends?: sometimes

92. Did you believe in love?: no, not really

93. Things you never leave: my hungry ass

94. Do you have mental illness: nope

95. Are you ready for pt3: I'm so done

96. Are you ready for spm: absolutely nooo!!!

97. Eye color: darkest brown

98. Laptop or phone: depends on situation

99. Your bae name: biebs

100. Are you married?: padia ni? aku student, masih study. spm pun belum weh








October 14, 2016

tak sedar dalam terjaga

Assalamualaikum, hi peeps! 



how are you doing? it's been awhile tak tulis blog :( 
.
I've been so busy these few weeks
.
#ItsFinalExamWeek 




katanya?? HAHAHAHAHAHA
exam kalini dapatku rasakan kehangatan dan bahang exam paper tu. susah!!!!!sumpah tak tipu weh. aku tercungap-cungap nak pitam tak cukup oxygen bila bukak exam paper.. *gush* nah sampai sebijik penumpuk kat muka aku! masa depan aku untuk final exam ni macam gelap gempita je.. 

takut. sedih. sakit perut. 

memang baca buku & buat revision, tapi.... 
begitu banyak arus melintang yang datang lalu membadai segala konsentrasi aku nak revision. 
bukak buku. duduk bersila atas tilam yang empuk. letak bantal atas peha, lapik buku. pergh syiok gila bantal ni letak atas peha. rasa nak tertidur pulak! godaan dia kuat betul. "bergetar cheek bone" aku. haaaaa, apa lagi? 1,2,3 tidur! 

tapi. sebelum tidur aku dah berazam nak bangun pukul 5 pagi pada keesokan harinya *walaupun besok dah exam* 
jadi kesudahannya, aku pun berjaya jugak bangun pukul 5 pagi. 


yaaaaaaaaaaaayyyyyyyyyy!!!!!! 


eh jap jap, jangan ingat cerita aku dah habis kat sini. baca lagi. 

aku pun start la baca n study the whole chapter! whole textbook ok! 
jadi kau tahu-tahu sendiri lah betapa tunggang tebaliknya aku baca kelam kabut nak rush. sebab kejap lagi dah nak mandi pulak. nak bersiap pulak. ha dah mau dekat setengah jam rasanya aku mandi & bersiap.. lepastu nak pergi sekolah pulak. nak hadap exam paper dah. ugh, letihnya! bosannya! 
ok sambung balik cerita tadi. 

seterusnya kau tahu apa yang jadi? aku tak sempat baca semua chapter weh! dah tak sempat baca semua chapter, apa yang aku baca tu boleh pulak dia main scan je. macam Touch 'n Go dah woi :(( memang sesia baca. tapi. tapi. tapi. tapi. tapi kan.. nasib baik jugaklah apa yang aku baca tu kan, keluar dlm paper.

 Alhamdulillah, Tuhan bagi aku ingat jugak sikit-sikit apa yang aku dah sumbat dalam otak aku pada pagi tu. tu maknanya Tuhan dah kasi reminder jangan buat kerja last minute lagi lepasni. phewwwwwwww lega! tapi tak lega sangatlah. pasal paper english pulak. waduh waduh. halamak indo pulak. tapi memang betullah aku frust sikit paper english. tak sempat buat essay dengan penuh kasih sayang & jayanya. sebab apa nak tahu tak? ha sebab aku punya syiok melayan section a tu. exam start pukul 9.15 & habis pukul 11. tapi aku pukul 10.30 masih terhegeh-hegeh melayan section a lagi weh. patutnya section a tu paling lama pun 40 minit je. tapi tak. aku pi melantak dekat situ berjam-jam. suka sangat layan section a. pastu pukul 10.40 baru tergedik-gedik macam cacing kepanasan nak buat essay section b. 350 words ok. tapi dalam masa 20 minit nak buat essay sepanjang 350 perkataan tu. gila? kome pikior? sempat ke? mungkin korang yang tulis laju tu akan siap on time. tapi bukan mudah bagi aku. apa kau pikir aku ni laju macam lipan? hahahahaha
sebenarnya boleh je laju. banyak betul idea nak tulis. tapi once dah tulis, tengah tulis & susun ayat.. idea tu semua lenyap dalam sekelip mata. boom! lesap. jadi aku pun cuba mencari inspirasi utk nak tulis ayat & jalan cerita utk essay tu. tapi... malangnya..         jeng jeng jeng jeng... 




bersambung.....


eh tak tak,. memain jelah! akhirnya .. masa pun dah tamat. tapi sisa-sisa waktu yang masih ada aku gunakan dengan sebaiknya dengan menghabiskan ayat terakhir aku. lalu, ku serahkan kertas jawapan ku dengan hati yang sedang berteriak & luka. Ya Allah, sedihnya cerita aku. 


jadi begitulah cerita aku.


ha dah lah tak study awal awal., ni sekarang ni godaan shaytan yang melampau tahap nala terapung atas udara atas langit atas awan pulak! apa nak jadilah ni hah. ish ish ish kesian betul. godaan apa yang setan buat dekat aku? macam macam godaan weh. mulanya, seminggu sebelum exam, aku asyik melekat je dengan phone. macam ada gam dekat jari ni. kalau nak tau, dia punya ketagih nak melekat dengan phone tu macam drug addicts weh. serious, tak tipu tau! pastu, rasa gila nak makan maggi la samyang la keropok la.. senang cerita, nak makan semua benda yang halal tapi unhealthy. ha kena ada "halal"? sebabnya, japgi kau cakap aku ni nak makan benda yang pelik-pelik pulak ha naiyaaaaaaaaa. ha ok, takda apa. dia punya buat aku craving nak makan maggie tu memang power! dan akhirnya aku kalah dengan godaan & bisikan setan. lepastu suka sangat minum air yg ada gas. pergh nikmat minum air gas ni memang best. tapi effect dia tu, hmm.. pastu paling peliknya, asyik mengantuk awal. pukul 9, 10 lebih dah rasa mengantuk gila. sebelum ni bukan main lagi terbeliak beliak segar-bugar je biji mata aku ni walaupun dah pukul 12 lebih nak dekat pukul 1 macamtu.. semua benda yang aku nyatakan dekat atas ni semua hanya terjadi pada minggu-minggu sebelum dan minggu exam sahaja. minggu exam je. once again, MINGGU EXAM SAHAJA!!!! haih ni nak naik angin ni. kena panggil abang bomba ni, dah terbakar nak meletup dah ni! it's oklah kalau rasa teringin nak makan maggie tu. boleh diterimalah sebab sekali sekala je. tapi ni dah nak masuk berkala-kala dah sejak sejak minggu exam ni. haih gewrawm. ok aku tau geram, tapi takyah gedik sangat ok. geram sebab sebelum ni takda pulak dia nak buat perangai nak tidur awal lah, nak melekat dengan phone 24/7 lah, nak minum air gas sampai berbaldi-baldi lah, & paling geram, nak makan maggi. padahal sebelum sampai minggu exam takda pulak dia nak rasa gedik teringin nak makan maggi lah itu ini. serious serik. Nah! ambik hang karangan berjela-jela.





Dengan itu, saya akhiri entry kalini dengan ucapan terima kasih kerana sudi meluangkan masa anda membaca segala rintihan saya walaupun rintihan ni semua memang patut pun berlaku, padah! Doakan kejayaan & kecemerlangan Puteri Iman Nadira dalam peperiksaan akhir tahunnya. InshaAllah, ameen.







salam kasih sayang,
nadira.

August 14, 2016

rindu

"Nadira sayang mommy tak?"
"Sayang.."
"Berapa banyak?"
"Nadira sayang mommy sejuta lori pasir"

"Nadira sayang baba tak?"
"Sayang.."
"Berapa banyak?"
"Sejuta lori pasir"

YA ALLAH! How I miss these cheesy lines😢

O' Allah I can't sleep tonight.
I keep thinking of her.
How she's doing over there?
Sihat ke?
Dah tidur ke?


Oh my my my..
rindunya mommy..
rasa mcm nak pi lari pi langkawi pi peluk mommy kuat2!
I can't describe my feelings rn.
coz rindu ni hanya Allah yg tau.
sebak. rindu. nangis. sunyi.
semua bercampur baur.
tu ja yg aku boleh bagitau hampa setakat ni.

Aku rindu masa kecil aku.
zaman dimana aku tak kenal erti rindu, sunyi.
sungguh aku rindu nak cakap "Nadira sayang mommy sejuta lori pasir" lagi dekat mommy.
Okay masa sekarang ni aku dah mula sedar. Aku semakin meningkat dewasa.

Aku mula sedar betapa rindunya aku dekat zaman kanak2 aku. Hm. Nak buat apa? Apa aku boleh buat? Aku dah semakin membesar wei

Oh staph it! I don't wanna grow up😫😫😫

AKU TAK NAK MEMBESARRRRRRRRR
ARGHHHH TOLONG TOLONG?!!!

BYE.